Saturday 7 April 2012

You're not alone.

Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana korang melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah buat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hati dia,
Pasti ada sesuatu yang pernah buat dia menangis.
Mesti ada.
Kerana dia juga manusia.

Sooooo,
Bila kamu rasa macam hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Adaaaa orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan,
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada !
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada !
Ada insan lain, yang lagi besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Walau serumit mana situasi kamu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA,
DIA tak akan sia-siakan harapan kamu.
Bila kamu percaya segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhianati kepercayaan kamu.
OKAY ? (:

#Remindertomyself. Haiyaaakk ! (^.^)v